Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUL RASUL

Assalamualaikum....

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.


Teringat zaman sekolah dan zaman universiti dulu, bila sampai ja Maulidul Rasul, mesti ada perarakan. Yang paling xleh lupa zaman sekolah menengah. Sambutan maulud nabi ni
memang disambut dengan meriah. Siap dengan pertandingan perarakan pertandingan sepanduk tercantik. Menang ke kalah ke tu belakang kira. Janji boleh berarak sambil berselawat ke atas nabi. Lepas berarak tu ada ceramah menganai Rasullulah S.A.W. Time tu bila di ceritakan pelbagai kesukaran dan dugaan yang dihadapi oleh Rasullulah S.A.W, dalam menyebarkan Islam mula berfikir berat sungguh dugaan diterima oleh beliau sedangkan beliau adalah kekasih Allah.


Sekarang ni makin meningkat umur kita makin banyak dugaan yang kita kena tempuh. Tapi adakah kita tetap bersabar dan tidak putus asa dalam menhadapi dugaan tu?
Zue pun dah melalui pelbagai dugaan. Dan zue percaya korang pun ada melaluinya juga kan2. Cuma yang berbeza nya alah jenis dugaan dan cara kita menghadapi dugaan tu.
Ada yang susah dapat kerja, masalah kewangan, keluarga, tempat kerja, kesihatan, dan macam2 lagi. Kalau nak list satu2 memang penat.Tapi kita tetap berjaya menghadapinya cuma cepat atau lambat. Ada satu kata-kata ni yang buat kita berfikir sejenak, " ketika masalah datang Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat, Allah hanya meminta kita sabar dan solat". Kata-kata tu sedikit sebanyak dapat membuat kita berfikir jalan terbaik yang harus diambil tuk menghadapi masalah dan dugaan. Betul tak?


Setiap kali zue berhadapan dugaan yang berat, mesti zue akan bercakap dan memujuk hati zue sendiri, Allah tak akan membebani umatnya dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu, dan setiap dugaan itu adalah kerana Allah sayang kan dan rindu kan kita rindu dengan rayuan dan doa dari hambanya.
Cuba bayangkan kalu kita tak ada langsung masalah, relax je.. asa2 hidup kita bosan tak? Hummm.... Kadang dugaan dan masaah itu membuat kita lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Betul tak. Pengalaman mengajar segalanya.
So sahabat sekali jangan sesekali menyalahkan takdir atau berprasangka buruk terhadap Allah, kenapa kita diduga dengan pelbagai masalah. Setiap hampa Allah pasti akan melaluinya. Berdoa, berusaha dan hadapi lah semua dugaan itu, kita pasti akan berjaya dan jangan sesekali putus asa.



lots of loves
zue

Monday, January 6, 2014

Gear Up 2014

Assamualaikum readers....
So how's your new year celebration. Zue tak pergi mana-mana pun new year eve tu. Balik kampung then rest dan teman mak shopping. Tapi kat Penang malam new year tu ada ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. Serius sangat ramai pergi. Rasa rugi pulak tak join diorang tambah ilmu agama tu.
2 hari lepas (4/1/14) Zue berjaya sampai ke Kuala Lumpur. Hehe...macam tah pernah pergi je. Padahal dulu 3 tahun lebih stay sana sebab belajar. Zue pergi KL baru-baru ni sebab attend satu lagi event yang dianjurkan oleh group  dalam bisnes Hai-O ini. Seminar sm/ssm ni bertajuk GEAR UP 2014. Serius teruja dapat turut serta dalam seminar tu.




Zue dimaklumkan dulu nya seminar sm/ssm ni terbuka kepada semua bisnes partner dalam GLAM. Tapi seminar yang Zue attend kali  ni hanya untuk Dynamic  Leaders Group, sebab apa? Sebab bisnes partners dalam GLAM ni dah ramai and tak ada dewan yang mampu tuk menampung tuk dibuat satu seminar serentak. So, diorang pecahkan lah mengikut group dalam GLAM. Ha nampak  tak kemajuan dan betapa kukuhnya Hai-O ni.
Zue bertolak dari Penang kul 8.00 malam dan sampai Cheras dalam jam 1.30 pagi. Penat jangan cakap la, sebab habis kerja terus gerak. Hum...tapi sebab nak sangat ilmu yang ada masa seminar tu, Zue gagahkan juga diri. Sampai tu memang tak tidur terus la sebab jumpa mentor sendiri a.k.a kawan baik dari sekolah rendah, Dira, so berborak sakan sampai kul 2.30 pagi. Haha dah la Dira tu pregnant, boleh pulak Zue ajak berborak sampai pagi.



Zue bersama Dira,my mentor a.k.a bff.

Then, pagi tu kami pun gerak . Seminar tu berlangsung kat kawasan Bukit Kiara. For the 1st time Zue gather dengan bisnes partner. Jumpa semua mentor-mentor yang hebat, KAK MAI,KAK RYNN,KAK WANEY dan yang sangat teruja CDM HANIS. Even Kak Mai n Kak Rynn pun notice about Zue,terharu.Ok then memang terbukti diorang ambek tahu pasal bisnes partner mereka yang bawah-bawah ni. Bila jumpa diorang serius aura diorang tu memang terasa. Semangat tak putus asa dan semangat nak menolong bisnes partner yang baru ini memang ketara. Ilmu yang dapat Zue absord sangat banyak. Kalau tak join memang tak kan dapat semua ni.
Sepanjang seminar tu sikit tak mengatuk sebab sangat best, walaupun Zue tidur tak cukup.hehe.... Kat sini apa yang Zue nak nyatakan Zue bersyukur dapat join team ni. Alhamdulillah. Zue mmg masih dahagakan ilmu dari mentor-mentor hebat seperti meraka.
                                                                       

                                         
                                                    Semua yang menjayakan seminar kali ini