Thursday, May 15, 2014

Bersauna. Apa Kelebihannya?

BERSAUNA


Lama rasanya Zue tak update entry baru. Kadang tak ada cerita nak dikongsi kadang sibuk dengan urusan lain. Okey entry kali ini Zue nak share sedikit ilmu mengenai bersauna.

Apa yang kita faham mengenai bersauna?Adakan mendatangkan kebaikan atau keburukan?

Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. 



      















Mandi wap tradisional melayu pula dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan. 

Antara sauna yang terdapat di pasaran:





Antara kebaikan sauna dari sudut kesihatan:


 Keluarkan Toksin Dari Tubuh
Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih. Untuk memaksimumkan penyinkiran toksin hendaklah minum air secukupnya.

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Meningkatkan Metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20 peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudian.Apabila pembakaran kalori berlaku lebih banyak, maka penurunan berat badan juga berlaku dengan pantas dengan bersauna.

Membunuh Bakteria Dan Virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Kurangkan Stres
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih damai. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan. Serta kulit lebih segar.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah celsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.
Selain sauna yang biasa kita lihat dipasaran, Premium Beautiful juga berperanan seperti sauna. Teknologi infrared yang disulami di dalam jahitan berperanan seperti sauna infrared. Ianya dapat meningkatkan kadar metabolisme badan. Dan Premium Beautiful ini memberi lebih banyak kelebihan. Direka khas untuk 70%kesihatan dan 30%kecantikan.



SELAMAT MEMBACA 

sihat, cantik dan bergaya
zuemohamedisa
013-4680813
facebook: Zue Mohamed Isa

No comments:

Post a Comment