Monday, February 17, 2014

HAI O MINERAL COFFEE


KELEBIHAN KOPI DARI SEGI KECANTIKAN
Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.


Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.

Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.
Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.


Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.



Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.



Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.



Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.



Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.


KELEBIHAN KOPI DARI SEGI KESIHATAN

Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan,dan satu fakta, kopi adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad S.W.T

1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout.


MINERAL COFFEE




RAMUAN

1.Adunan bijian kopi Robusta dan garam buluh

2.Mengandungi magnesium yang menggalakkan   
   penyerapan dan mengekalkan kalsium.

3.No sugar added.

4.Tiada  kolesterol dan badan pengawet.



KEBAIKAN




1.Kaya dengan mineral yang diperlukan oleh badan

2.Dapat meneutralkan acid dalam badan.

3.Bersifat anti-oxsidan dan mampu melawan sel kanser.

4.Boleh diambil sebagai diet harian.

5.Mencegah komplikasi kencing manis.

6.Mestabilkan tekanan darah.

7.Mencegah dan memulihkan gastrik.

8.Mencegah osteoporasis.

9.Merendahkan resiko sakit jantung.

10.Mengubati asma.

11.Mencegah migraine.

12.Memberi kesegaran dan tenaga sepanjang masa.

13.Anti-penuaan.

SIJIL HALAL







No comments:

Post a Comment