Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUL RASUL

Assalamualaikum....

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.


Teringat zaman sekolah dan zaman universiti dulu, bila sampai ja Maulidul Rasul, mesti ada perarakan. Yang paling xleh lupa zaman sekolah menengah. Sambutan maulud nabi ni
memang disambut dengan meriah. Siap dengan pertandingan perarakan pertandingan sepanduk tercantik. Menang ke kalah ke tu belakang kira. Janji boleh berarak sambil berselawat ke atas nabi. Lepas berarak tu ada ceramah menganai Rasullulah S.A.W. Time tu bila di ceritakan pelbagai kesukaran dan dugaan yang dihadapi oleh Rasullulah S.A.W, dalam menyebarkan Islam mula berfikir berat sungguh dugaan diterima oleh beliau sedangkan beliau adalah kekasih Allah.


Sekarang ni makin meningkat umur kita makin banyak dugaan yang kita kena tempuh. Tapi adakah kita tetap bersabar dan tidak putus asa dalam menhadapi dugaan tu?
Zue pun dah melalui pelbagai dugaan. Dan zue percaya korang pun ada melaluinya juga kan2. Cuma yang berbeza nya alah jenis dugaan dan cara kita menghadapi dugaan tu.
Ada yang susah dapat kerja, masalah kewangan, keluarga, tempat kerja, kesihatan, dan macam2 lagi. Kalau nak list satu2 memang penat.Tapi kita tetap berjaya menghadapinya cuma cepat atau lambat. Ada satu kata-kata ni yang buat kita berfikir sejenak, " ketika masalah datang Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat, Allah hanya meminta kita sabar dan solat". Kata-kata tu sedikit sebanyak dapat membuat kita berfikir jalan terbaik yang harus diambil tuk menghadapi masalah dan dugaan. Betul tak?


Setiap kali zue berhadapan dugaan yang berat, mesti zue akan bercakap dan memujuk hati zue sendiri, Allah tak akan membebani umatnya dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu, dan setiap dugaan itu adalah kerana Allah sayang kan dan rindu kan kita rindu dengan rayuan dan doa dari hambanya.
Cuba bayangkan kalu kita tak ada langsung masalah, relax je.. asa2 hidup kita bosan tak? Hummm.... Kadang dugaan dan masaah itu membuat kita lebih matang dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Betul tak. Pengalaman mengajar segalanya.
So sahabat sekali jangan sesekali menyalahkan takdir atau berprasangka buruk terhadap Allah, kenapa kita diduga dengan pelbagai masalah. Setiap hampa Allah pasti akan melaluinya. Berdoa, berusaha dan hadapi lah semua dugaan itu, kita pasti akan berjaya dan jangan sesekali putus asa.



lots of loves
zue

No comments:

Post a Comment